Berjuanglah Bersama-sama Dengan PAS

Anggota masyarakat Islam di Batang Sadong, khasnya di Sadong Jaya, telah mengetahui bahawa PAS merupakan wadah perjuangan yang boleh dianggotai oleh mereka untuk kebahagian hidup mereka sama ada berkaitan kehidupan di dunia atau pun kehidupan mereka di akhirat.  Kesedaran mereka untuk menyertai PAS telah dizahirkan dalam Pilihanraya DUN 2011.  Diharap PAS Batang Sadong akan meneruskan usaha menarik lebih ramai anggota masyarakat atau penduduk di Batang sadong amnya dan di Sadong Jaya khas menganggotai PAS.  Mudah-mudahan dengan usaha ini, PAS dapat menjadikan Batang Sadong sebagai Kawasan Parlimen PAS, dan Sadong Jaya sebagai DUN PAS, Insya Allah.

Imbas kembali Pilihanraya DUN Sarawak 2011

SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS. Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.  Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Harakah Daily

KOMEN